Monday, September 14, 2009

Forum Hari Malaysia 916: Ke Arah Malaysia yang Bersatu Padu


Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mengadakan Forum Hari Malaysia yang bertema ”Ke Arah Malaysia yang Bersatu Padu” pada 16hb September 2009, jam 8-11 malam di Hotel Excelsior, Ipoh.

Pengerusi program tersebut YB Chan Ming Kai berkata, penceramah forum termasuk YB Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat YB Zuraida Kamaruddin, Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Sungai Siput YB Dr Jayakumar, dan ADUN Teja YB Chang Lih Kang.

Beliau berkata, 16hb September 1963 adalah hari pembentukan Negara Malaysia bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak. Akan tetapi Hari Malaysia yang bermakna ini tidak diraikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Beliau juga berkata, walaupun kita sudah merdeka selama 52 tahun, tetapi perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama masih belum dicapai. Forum tersebut akan berbincangkan isu perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama. Selain forum, pihak penganjur juga akan menayangkan filem pendek <15Malaysia>.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

PKR - Ranting Pengkalan Cabang Gopeng Copyright © 2009 Blog Template is Designed by eRic Lim Powered by AV Computer
7A, Susuran Station 18, Station 18, 31650 Ipoh, Perak. Tel : 605-3233959